NADI – MAHIR: Jahit, Masak dan Baiki Gadjet | Minggu ke – 8

9 September 2025 | Aktiviti Terkini

8 – 12 September 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas mahir minggu ke 8, mahir fotografi, jahit, masak dan baiki gadjet. Kelas mahir ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi jam 9.30 pagi – 11.00 pagi sesi petang bermula jam 3.00 petang – 4.30 petang. Seramai 6 orang peserta terlibat dalam kelas ini.

Pada minggu ke-8, pelajar berpeluang mengikuti tiga kelas menarik iaitu Mahir Masak, Mahir Jahit dan Mahir Baiki Gajet. Dalam kelas Mahir Masak, pelajar diajar cara membuat pizza base serta menyediakan sos pizza sendiri, sekali gus memberi pengalaman menghasilkan makanan Barat dengan resipi mudah. Seterusnya, kelas Mahir Jahit memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara menghantar tugasan melalui sistem LMS, di mana mereka dapat memahami langkah digital yang betul dan lebih teratur dalam pengurusan pembelajaran. Sementara itu, dalam kelas Mahir Baiki Gajet, peserta didedahkan dengan teknik asas membaiki telefon pintar iPhone, termasuk proses mengenal pasti masalah dan langkah baik pulih.

Sertailah kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh manfaat!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali